Pihak pengurusan Tasik Cermin di Gunung Rapat, Ipoh memohon agar satu perbincangan diadakan antara pihaknya dengan kerajaan negeri, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan syarikat konsesi Majuperak Holdings dalam masa terdekat.<br /><br />Ia susulan penamatan kontrak pengurusan syarikat konsesi terdahulu, Mansion Machinery Sdn Bhd, oleh MBI pada 21 April, berikutan pengisytiharan penggulungan syarikat itu pada Julai 2021.
